KUALA LUMPUR: Kutipan sisa pepejal di ibu kota meningkat kepada hampir 33,000 tan semasa Ramadan tahun ini berbanding 27,000 tan dalam tempoh sama tahun lepas.
Timbalan Pengurus Besar Bahagian Operasi Alam Flora Sdn Bhd, Raja Kamal Azizol Raja Ibrahim berkata pembukaan semula bazar Ramadan merupakan antara faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan hampir 20 peratus kutipan sisa pepejal.
"Jadi bila ada penjualan makanan yang banyak, ada kemungkinan masyarakat membeli makanan secara berlebihan.
Apabila pembelian dilakukan secara berlebihan melebihi penggunaan isi rumah, mereka akan buang ke dalam tong sampah. Itu yang kami rasakan yang menyumbang kepada peningkatan kutipan sisa pepejal pada tahun ini," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.
Beliau berkata jamuan bufet Ramadan yang dianjurkan di restoran dan hotel sekitar ibu negara turut menyumbang kepada peningkatan kutipan sisa pepejal tersebut.
Katanya pelbagai inisiatif dan kempen perlu diteruskan dalam memberi kesedaran kepada masyarakat agar membuat perancangan dalam pembelian makanan bagi mengelakkan pembaziran.
Terdahulu, Raja Kamal Azizol mengagihkan sumbangan sebanyak 1,000 pek bubur lambuk serta 25 tong bagi mengisi minyak masak terpakai untuk dikitar semula kepada peniaga bazar Ramadan di perkarangan Surau Jumaat Al-Hikmah, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin-Jinjang Utara sempena kempen "Love Food Hate Waste".
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 05 2021
Kutipan sisa pepejal di ibu kota meningkat kepada hampir 33,000 tan semasa Ramadan tahun ini berbanding 27,000 tan dalam tempoh sama tahun lepas. - Foto fail
Konsert tema disko satukan Diskoria, Sheila Majid
Diskoria yang dianggotai komposer Merdi Simanjuntak dan Fadli Aat berazam memberikan persembahan terbaik untuk peminat mereka di Malaysia.
Legenda bola sepak Perancis Cantona persoal sikap dunia terhadap Israel
Legenda bola sepak Perancis, Eric Cantona mempertikaikan sikap dunia terhadap Israel.
20 ahli 'Geng TR' dihadapkan ke mahkamah
20 individu dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan menyertai kumpulan jenayah terancang, Geng TR sejak lima tahun lepas.
Pengadu tarik balik laporan, anggap kes dipukul pengawal peribadi hanya salah faham - Polis KL
Rusdi berkata laporan polis kedua dibuat pengadu bagi menyelesaikan perkara yang berlaku secara baik, serta tidak mahu memanjangkan kes.
SPRM setuju lanjut tempoh isytihar harta anak Tun M - Azam Baki
SPRM membenarkan tempoh lanjutan pengisytiharan harta dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
2 maut nahas pesawat di Ecuador, kemalangan udara ke-4 dalam tempoh 2 bulan
Dua orang terbunuh dan seorang cedera pada Selasa apabila pesawat kecil mereka terhempas di Santa Rosa, wilayah pantai selatan El Oro, Ecuador, kata Direktorat Jeneral Penerbangan Awam.
Ahmad Zahid mulakan lawatan rasmi ke Beijing
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memulakan lawatan rasmi beliau di Beijing pagi ini dengan menghadiri mesyuarat pre-council.
MIDF jangka inflasi naik sedikit pada tahun ini
Inflasi Indeks Harga Pengeluar (IHPR) yang meningkat sebanyak 1.9 peratus tahun ke tahun pada April 2024 menunjukkan tekanan kos yang lebih tinggi untuk perniagaan tempatan, menurut MIDF Research.
Kru Shenzhou-18 jayakan misi EVA kali pertama
Kru kapal angkasa lepas Shenzhou-18 berjaya menyelesaikan aktiviti luar kenderaan (EVA) kali pertama pada Selasa, menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA).
Empat lelaki ditahan disyaki ceroboh Pusat Hidrografi Nasional
Empat lelaki warga asing ditahan kerana disyaki menceroboh kawasan pintu utama Pusat Hidrografi Nasional (PHN) di Pulau Indah, Klang dekat sini pada Ahad lepas.
Melaka mohon KPKT bina tapak pelupusan sisa pepejal sektor ICI
Sebanyak 30-40 peratus daripada keseluruhan sisa pepejal yang dibuang ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang adalah sisa ICI.
Sisa pepejal di Pahang dijangka meningkat menjelang Aidilfitri
Jangkaan tersebut adalah berdasarkan analisis data tahun sebelumnya.
KPKT tegas batal lesen peniaga buang sisa pepejal di sungai
Mana-mana peniaga yang didapati membuang sisa pepejal di sungai bakal berdepan dengan tindakan tegas termasuk lesen perniagaan mereka dibatalkan serta-merta.
Majlis Ekonomi Kitaran Nasional sisa pepejal percepat agenda ekonomi kitaran
Majlis Ekonomi Kitaran Nasional (NCEC) bagi sisa pepejal ditubuhkan bagi mempercepat agenda peralihan pengurusan sisa pepejal.
SWM tumpu operasi khas di 89 lokasi hotspot, elak longgokan sampah tidak terkawal
Lokasi yang dikenal pasti ialah di Melaka Tengah (53 lokasi), Alor Gajah (15 lokasi) dan Jasin (21 lokasi).
Kitar semula: Mulakan dengan amalan kecil
Penting bagi rakyat Malaysia mengurangkan pembuangan sisa pepejal ke dalam tong sampah dan mengamalkan kitar semula setakat yang mampu.
Proses pengambilan tanah bina WTE di Melaka di peringkat akhir - Exco
Pembinaan insinerator itu perlu disegerakan berikutan tapak pelupusan sampah berkenaan dijangka mencapai tahap kapasiti maksimum.
Tahap kesedaran terhadap pengurusan sisa pepejal masih rendah - SWCorp
38,000 tan sisa domestik dan 17,000 tan sisa makanan dihasilkan rakyat Malaysia setiap hari ketika ini.
Aidilfitri: SWCorp N. Sembilan lupus lebih 6,000 tan sisa pepejal
Jumlah itu mengalami penurunan berbanding ketika perayaan Aidilfitri dalam tempoh sama tahun lepas.
E-Idaman jangka janaan sampah meningkat 25 peratus menjelang Aidilfitri
Jangkaan itu kerana lebih banyak kedai dan bazar Ramadan beroperasi seperti biasa tahun ini.